Sunday 23 July 2017

SABAH BAH PART 2

SECOND DAY SABAH

Jadi second day kita destinasinya ialah PORING HOT SPRINGS. 

masih dekat area2 atas kundasang tak silap. 

Dekat sabah masa dia cepat sikit dari semenanjung. Pukul 6 dekat sabah dah terang haa. So jangan lupa kunci jam awal kit.


Apa ada dekat PORING HOT SPRINGS ni?  

Macam-macam ada okay
-          Canopy walkway
-          Air terjun Kipungit
-          Air terjun Langanan
-          Kolam air panas
-          Taman Kupu-kupu
-          Gua kelawar

So jomm mulakan pagi dengan exercise. 

Sebelum naik CANOPY WALK kena lah berjalan sikit. Naik bukit naik tangga. Penat? Aihh sikit ja ponn.. cehhhh penat jugak laa sebenarnya.

Canopy Walk ni bagi aku jauh tak jauh sangat la. Tapiii bagi orang yang gayatt haa mesti rasa jauh. Bagi orang yang tak gayat, apa lagi time ni la nak buli kawan korang. Kihkih

Tinggi? Yesss tinggi boleh tahan.



Next kita berjalan pula ke AIR TERJUN KIPUNGIT.  

Nahh tengok view AIR TERJUN KIPUNGIT.


Lets mandiiii. Air dia sejuk jangan cakap lah. First impression bila sentuh air serious rasa mcm pegang ais. Dengan nature yg sangat fresh. Best!


Next kita pergi pulak KOLAM AIR PANAS.
Semua dekat2 situ jugak dekat PORING HOT SPRINGS.

Lepass tuu cadangnya nak pergi dekat mana tah tempat ikan besar gigit2 kaki tu. Tapii sebab kesuntukan masa so tak jadi. Sekian.


Check out hotel dekat RANAU. Thenn terbang pergi DESA DAIRY FARM, Kundasang.


Ni tempat wajib kalau pergi Sabah. Aiskrim diaa cengginii haa *thumbsup


Next, Balik semula ke KOTA KINABALU check in apartment.
Malam tu kitorang pi makan seafood. Dengar kata seafood dekat sabah murah2.



THIRD DAY

Pagi-pagi dah bangun pergi JETI JESSELTON POINT.


Dekat sini lah baru deal nak pergi mana2 pulau.


Haa pilih lah betul2 pakej yang berpatutan dengan harga dan tawaran yang diorang bagi. Banyak sangat kiosk yang ada soooo deal dengan baik hokey.


Kat sini kami dapat pakej3 pulau. 


PULAU MANUKAN, PULAU SAPI DAN PULAU MAMUTIK (tak silap)


Set snorkeling (mask + safety jacket) + banana boat + parasailing


PARASAILING


Semua aktiviti ni diuruskan oleh kiosk yang kitorang pilih dekat JETI JESSELTON POINT tadi. 


Harga yang kami dapat close deal untuk pakej tu adalahhh RM110. Kira murah la ni hokey setelah penat tawar menawar dekat lain2 kiosk.


Dari pulau ke pulau pon akan diuruskan oleh orang yang kami dah deal tu. *pesanan : jangan lupa amek no. fon orang yang bawak korang tu supaya memudahkan urusan pergi satu pulau ke satu pulau dan jugaa supaya tak kene tipu.


Seharian dekat pulau2 ni jadii malam pon dah penat dan tidur la apa lagi.


Lain-lain tempat ada juga kami pergi area2 KK tu untuk beli barang apa2. Aku? Ibu pesan suruh beli ikan biliss. Hahah. Sebab ikan bilis dekat sabah murah. Kedai biasa sekilo boleh capai RM38, dekat sabah boleh dapat RM20 sekilo. Haa nak dekat dua kali ganda kauu.


Pasal makanan pulak, kami banyak berjimat part makanan. Banyak yang kami bawak dari semenanjung mcm tin sardine, kari gitu. So memang jimat lah.

Pengangkutan, kami sewa avanza 4 hari 3 malam = <RM2000 (sewa+minyak)

TOTAL2 PERBELANJAAN kami SEORANG hanya dalam RM700 average.


Jadiiii tamatlah hutang aku pada blog ni dan juga pada sesiapa yang aku pernah cakap nak habiskan cerita pasal SABAH ni. Sekian.


Thanks for readingggg.

 Sebelum  terlupaaa.



Nahhhhh tengok video kami di SABAHH



 wajib tengok hokayyy!